Mendaki Bukit Tabur East, Taman Melawati

Sabtu lepas, saya mendaki Bukit Tabur East.27 Ogos 2016. Satu pengalaman yang memang sangat menarik lagi mencabar. Kali terakhir mendaki tempat tinggi, Januari lalu semasa ke Air Terjun Lepoh, Hulu Langat. Sama-sama penat, tapi pengalaman yang berbeza.Bukit Tabur East, mencabar gayat saya.Gayat, sampai tangan dan kaki menggigil.PokmeMulanya saya berkongsi kenangan "On This Day" FB di... Continue Reading →

Air Terjun Lopo / Lepoh, Hulu Langat

Air Terjun Lopo / Lepoh, Hulu LangatSaya memang sudah lama kegatalan.Ya. Gatal. Merenyam-renyam.Gatal mahu menginjak kaki ke hutan. Gatal mahu membenamkan badan ke dalam sungai yang mengalir sejuk. Gatal mahu menghirup udara yang segar di dalam hutan.Dan ajakan kakak saya (dan keluarga suaminya) untuk mendaki ke Gunung Lopo, tidaklah saya berfikir panjang.Setuju!Dan kali ini, dua anak dara... Continue Reading →

Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu

Awal Februari, ada cuti panjang. Jadi, tercari-cari aktiviti yang boleh melibatkan ahli keluarga. Terus idea berkelah ke Air Terjun Chiling, Kuala Kubu Bharu ini muncul.Lagipun, cuaca agak panas sekarang. Sangat sesuai untuk aktiviti berendam. Dan sangat sesuai untuk budak-budak comel yang bertiga itu. Keputusan dicapai. Keluarga Mak Ngah pun mahu turut serta. Aktiviti beriadah kaum-kerabat... Continue Reading →

Bukit Melawati, Kuala Selangor

Bulan September lepas, aku ke Kuala Selangor. Hajat utama, mahu "memanaskan" kamera yang sudah lama terperap. Memang sudah lama memendam hasrat hendak ke Kuala Selangor, berfotografi gambar sawah padi. Almaklum lah, aku kan orang kota. Mana pernah tengok sawah-sawah yang biasanya ada di kawasan kampung-kampung ni.Kota lah sangat! Harap dimaafkanlah kepoyoan diriku ini.Memandangkan ada maklumat... Continue Reading →

Sungai Kalumpang / Sungai Inki @ Kerling, Selangor

Bulan April lalu, kami dan keluarga adik-beradik serta mak abah menjalankan aktiviti yang jarang-jarang kami buat selepas masing-masing sudah beranak pinak bercucu cicit.Piknik secara berjemaah.Alhamdulillah, rezeki kami agak melimpah ruah, jadi kami bersependapat dan bersetuju menjadi penaja aktiviti riadah sihat. Aku pun dah lama teringin mahu berkumpul ramai-ramai dengan keluarga besar, walhal rumah kami sebelah... Continue Reading →

Apartment Seroja Putra Perdana, Puchong

Kemaskini 20 April 2016; Penyewa sekarang bakal keluar hujung April ini. Kemasukan segera untuk bulan Mei/Jun 2016. Maklumat lanjut di sini.Kemaskini Jun 2014; Rumah ini masih ada penyewa. Kemaskini terbaru; Hari Ahad (20/05/2012) rumah saya ni sudah ada penyewanya. Dah confirm dah. Terima kasih dan maaf kepada yang masih bertanya.Alhamdulillah. Rumah kami yang dibeli dari... Continue Reading →

FRIM, Kepong

Cuti Hari Wilayah, aku dan rakan-rakan sepejabat ke FRIM, Kepong. Mahu beraktiviti, berfoto-moto. Mahu mengasah kemahiran photography, sambil berjalan-jalan masuk hutan menghirup oksigen segar.Memang segar.HijauSegarTenangTinggiPerjalanan kami dimulakan di bahagian belakang masjid. Laluan tanah merah, kenderaan tidak dibenarkan masuk. Seronok apabila dikelilingi suasana yang merimbun hijau. Mata menjadi terang. Ada pula air terjun yang melintang di tengah.... Continue Reading →

Gambar sekitar Air Terjun Chilling, Kuala Kubu Bharu

Banyak gambar yang aku ambik masa ke Air Terjun Chilling hari tuh. Nak ceritakan pasal cantiknya tempat tu, pasal freshnya tempat tuh, aku dah malas. Kali ni biar lah gambar yang menceritakan segalanya.Pheewwiiit!Air Terjun ChillingLintasan 1Lintasan 2Beberapa keping lagi gambar sekitar air terjun.Aku tidak punya sebab untuk tidak jatuh cinta dengan tempat ini.Subhanallah. Bacaan lain... Continue Reading →

Aroma Ikan Bakar, Kuala Selangor

Baru-baru ini kami ke Kuala Selangor. Jalan-jalan cari makan. Lagi pun mahu "meraikan" adik ipar yang baru selesai latihan industri. Sebelum pulang ke kampung untuk bercuti, kami berpakat adik-beradik mahu meraikan sambil berjalan-jalan.Kami memiilih Aroma Ikan Bakar, disebabkan hanya ini sahaja restoran Muslim yang selalu dicadangkan jika mahu ke Kuala Selangor. Kebanyakkan restoran seafood yang... Continue Reading →

Blog at WordPress.com.

Up ↑